- SEJARAH POLIGAMI
Poligami membawa maksud perkahwinan lebih daripada seorang isteri dalam sesuatu masa. Lawan istilah poligami ini ialah monogami, iaitu berkahwin dengan seorang isteri sahaja. Walau bagaimanapun, Drs Sidi Ghazalba berpendapat lawan poligami ialah poliandri, iaitu perkahwinan seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki .
Amalan poligami telah mula dipraktikkan sebelum kedatangan Islam lagi iaitu sejak zaman Jahiliyyah, bahkan ia juga merupakan sebahagian amalan tradisi kehidupan masyarakat Rom, Yunani dan Yahudi yang dilakukan secara tidak teratur dan tanpa batas. Sesungguhnya amalan poligami ini menjadi kebanggaan dan ukuran yang menentukan ketinggian darjat dan kehormatan seseorang .
Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah merubah amalan poligami yang ada dengan menghadkan bilangan isteri yang boleh dikahwini iaitu tidak melebihi empat orang isteri sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat. Di dalam Islam, Poligami hanyalah sebagai amalan yang dibenarkan dengan bersyarat dan bukanlah kebenaran secara mutlaq atau sebagai amalan yang wajib dilakukan .
- POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAKAMAH
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam bagi setiap negeri di Malaysia telah memperuntukan peraturan yang mesti dipatuhi bagi setiap suami yang ingin berpoligami. Peruntukan ini diwujudkan bagi menghindari agar kemudahan berpoligami yang diharuskan oleh Islam tidak disalahgunakan dan agar tujuan, syarat dan tanggungjawab poligami dipenuhi.
Walaupun begitu, masih terdapat kaum lelaki Islam di Malaysia ini melanggar peruntukan yang sedia ada walaupun sedia maklum akan peruntukan yang ada ini dengan berpoligami tanpa mendapatkan kebenaran Mahkamah.
Poligami tanpa kebenaran Mahkamah ini bermaksud ialah seorang lelaki yang telah mempunyai isteri telah berkahwin dengan perempuan lain tanpa mendapatkan keizinan secara bertulis dari Mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin seorang lagi.
Berdasarkan Sekyen 23 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor telah menyatakan bahawa poligami yang dilakukan tanpa kebenaran Mahkamah tidak boleh didaftarkan melainkan Mahkamah berpuas hati bahawa perkahwinan sedemikian sah mengikut Hukum Syarak dan pendaftaran perkahwinan tertakluk di bawah Seksyen 124.
Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor telah menyatakan bahawa :
“Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.”
Berdasarkan peruntukan di atas menunjukkan poligami tanpa kebenaran Mahkamah adalah merupakan satu kesalahan dan mematuhi peraturan-peraturan untuk permohonan kebenaran poligami adalah satu perkara yang penting bagi menjamin keadilan dapat dilaksanakan serta kebajikan semua isteri akan terpelihara.- DEFINISI POLIGAMI
Sebelum saya meneruskan penulisan saya mengenai poligami, sebaiknya saya memberi maksud POLIGAMI dari pelbagai sudut supaya dapat difahami dengan jelas dan nyata.
MAKSUD POLIGAMI dari pelbagai sudut :
SUDUT BAHASA : menghimpunkan beberapa orang isteri dalam satu masa.
SUDUT KAMUS DEWAN : perbuatan beristerikan lebih dari seorang pada masa yang sama.
SUDUT BAHASA ARAB : isteri yang ramai/banyak/berbilang-bilang.
Oleh itu, kesimpulannya POLIGAMI ialah seseorang lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri sama ada dua, tiga atau empat.
- HIKMAH POLIGAMI DALAM ISLAM
Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah;
- Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.
- Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."
- Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan.
- Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
- Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.
- Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
- Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya
- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.
- PRODUSER PEMOHONAN POLIGAMI
- Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).
- Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.
- Dapatkan borang 1 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
- Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.
- Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
- Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).
- Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).
- Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.
- SYARAT BERPOLIGAMI DALAM ISLAM
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya.
Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.
Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya :
"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya :
Bahawa Urnmu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i)
3. Disyaratkan pula berlaku adil, sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT) :
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.
5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud :
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."
#WALLAHUALAM =)
- PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG POLIGAMI DI MALAYSIA
Semua negeri di Malaysia mempunyai peruntukan khusus tentang amalan poligami dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam masing-masing. Sebelum penyeragaman Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri dilaksanakan, prosedur permohonan poligami di beberapa buah negeri didapati tidak seragam.
Ketidakseragaman Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam mengenai poligami di negeri-negeri telah disalahgunakan oleh golongan-golongan tertentu. Peruntukan mengenai izin atau tidak daripada isteri ada terkandung dalam Seksyen 23 Akta 303, Pulau Pinang 1985, Johor 1990, Negeri Sembilan 1984, Seksyen 17 dalam Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 1979, Pahang, Selangor dan Melaka. Namun begitu, bagi Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan, Terengganu dan Perak tidak memperuntukan bahawa pandangan isteri diperlukan untuk menentukan layak atau tidak seseorang suami itu berpoligami.
Syarat utama untuk berpoligami di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga di negeri Kelantan, Terengganu dan Perak hanyalah perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Qadi atau Hakim Syar’ie dan keputusan terletak pada kebijaksanaan Hakim sepenuhnya. Manakala syarat-syarat lain seperti kemampuan suami dari segi kewangan, keizinan atau pandangan isteri pertama sama ada patut atau perlu tentang perkahwinan yang dicadangkan dan suami boleh berlaku adil terhadap semua isteri adalah tidak diperuntukan dalam prosedur poligami di tiga buah negeri ini.
Penyeragaman Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri berdasarkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja pada bulan Mac 2001 telah membawa kepada beberapa pindaan penting dalam peruntukan undang-undang tentang poligami di kebanyakkan negeri di negara ini. Secara keseluruhannya, pindaan yang dibuat tertumpu pada penambahbaikan dari sudut prosedur permohonan poligami dan memberikan lebih perlindungan kepada isteri-isteri yang sedia ada. Pindaan ini dilihat sebagai usaha memperkemas undang-undang poligami sedia ada dan menjaga kebajikan semua pihak terutama kepada isteri-isteri dan anak-anak dari teraniaya.- HAKIKAT PEREMPUAN..
Hye u all.. jumpa lagi kali ni.. ari ni just nk menaip tentang hakikat perempuan2 kat luar sana.. kebanyakan mereka tahu mengenai kebaikan dan keindahan bermadu.. tapi tak semua ingin dimadukan.. kalau korang pun, nak ke dimadukannnn?? hmmm, rasanya lepas ni boleh la aku buat or paling malas pn aku nak cari statistik mengenai perempuan yang suka dan tidak suka dimadukan.. rasanya aku dh taw mana yang paling tinggi kedudukan nya.. hehe.. by the way, sebelum berakhir nye penulisan aku pada kali ini, aku just nak tinggalkan dialog mengenai HAKIKAT POLIGAMI..
Ustazah: "Saya tdk pernah tolak hukum poligami."
- Poligami Menurut Yusuf al-Qaradhawi
Asal Perkahwinan Muslim Adalah Berkahwin Satu
-Para gerakan Kristian dan orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan.
-Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim adalah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya
yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumahtangga, tempat menyimpan rahsia.
Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras
kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran.
Assalamu'alikum. Pembetulan: Al-Ghazali yang dikatakan itu bukanlah 'Imam (Abu Hamid) Al-Ghazali', penulis buku unggul Ihya Ulum al-Din. Tetapi yang dirujuk ditulisan atas tersebut adalah Mohammed Al-Ghazali Al-Saqqa. Beza tahun kehidupan mereka adalah lebih kurang 900 tahun.
ReplyDeletewa'alaikumusalam. ouh. yeke. trima kasih atas teguran. insya Allah sy akan rujuk balik.
ReplyDeletePoligami....
ReplyDeleteamatlah sukar untuk diterima oleh seorang wanita yang bergelar isteri..
akan tetapi kalau dah jodoh.. bukan lah fitrah kita sebagai hamba-Nya untuk melawan takdir. ..